Tuesday, February 9, 2010

Memahami Inflasi

http://i108.photobucket.com/albums/n11/red_conjurer/114.jpg 

APA ITU INFLASI?


Inflasi adalah sesuatu keadaan ekonomi di i berlaku kenaikan harga (kebanyakan gan don perkhidmatan) yang berterusan.
 
APAKAH PUNCA INFLASI?
 
1. Inflasi Tarikan Permintaan
Berlaku apabila bekalan barangan dan erkhidmatan fidak mencukupi untuk memenuhi permintaan. la berpunca daripada pertambahan permintaan acara tiba-tiba dalam jangkamasa pendek. Pengeluar kesuntukan masa untuk menambah pengeluaran bagi memenuhi permintaan. Peniaga pula mengambil kesempatan untuk memperolehi keuntungan yang lebih.
 
2. Inflasi Tolakan Kos
Berlaku apadla kos pengeluaran meningkat. Pengeluar akan memindahkan kos yang ditanggungnya kepada pengguna dengan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan untuk mengekalkan keuntungan.
 
3. Inflasi Bekalan Wang
Briaku apabila bekalan wang meningkat melebihi bekalan barangan atau perkhidmatan dalam pasaran. Inflasi ini iasanya berlaku semasa peperangan. Wang yang banyak dicetak untuk membiayai perbelanjaan peperangan. Wang yang akhirnya menyebabkan inflasi. Oleh itu adalah penting untuk mempastikan peningkatan bekalan wang pada tahap tertentu bersesuaian dengan barangan don perkhidmatan yang ada di pasaran setiap masa.
 
4. Inflasi Pentadbiran Harga
Berlaku apabila hanya terdapat sebuah syarikat (monopoli) atau sebilangan kecil syarikat (oligopoll) yang membekalkan barangan atau perkhidmatan, pengeluar biasanya mempunyai kuasa untuk menentukan harga. Jika pengeluar menggunakan kuasa itu, harga akan meningkat. Pengguna tidak mempunyai pilihan dan terpaksa membeli pada paras harga yang ditentukan oleh pengeluar atau pembekal. Pengeluar atau pembekal berkemungkinan akan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan untuk menikmati keuntungan yang lebih besar sama ada kos meningkat atau tidak. Harga sedemikian dipanggil harga pentadbiran,
 
5. Inflasi Yang Diimport
Faktor-faktor luar negara juga boleh menyebabkon inflasi. Apabila kos bahanbahan mentah, barang siap atau perkhidmatan yang dilmport dari luar negara meningkat, ia akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan di pasaran tempatan meningkat tanpa mudah disedarl. Kenaikan harga barangan import boleh berlaku secara langsung iaitu inflasi yang berlaku di negara pengeksport atau ticlak langsung melalui perubahan kadar pertukaran wang asing yang memlhak kepada negara pengeksport.
 
LANGKAH MEMBENDUNG INFLASI
 
1. Mengawal Permintaan
Jumlah permintaan melebihi jumlah penawaran di pasaran menyebabkan harga meningkat. Oleh itu adalah perlu untuk mengekalkan jumlah permintaan pada tahap yang munasabah.
 
2. Mengawal Bekalan
Dilakukan dengan cara meningkatkan bekalan melalui peningkatan produktiviti, memperbaiki jaringan pengedaran, mengimport bahan mentah yang lebih murah dan mengurangkan pembaziran merupa-kan langkah berkesan untuk mengurangkan tekanan inflasi.
 
3. Polisi Ekonoml Makro

Tindakan Kerajaan melalul pengurusan cukal, kewangan dan pentadbiran untuk menentukan halacara pembangunan negara.
 
PERANAN PENGGUNA MENGHADAPI INFLASI
  • Jangan beli semasa harga tinggi. Beli semasa ditawarkan harga rendah.
  • Elokkan pembaziran, berjimat dan membeli apabila perlu sahaja dan mengikut rancangan perbelanjaan dan kemampuan anda.
  • Carl kedai yang menawarkan harga yang berpatutan serta yang meletakkan tanda harga.
  • Dapatkan harga terbalk juga dengan cara tawar-menawar jika clapat dilakukan.
  • Pengguna perlu memainkan peranan sebagai pengeluar atau pemberi khidmat untuk meningkatkan produktiviti mereka.
  • Pengguna/pengeluar henclaklah beretika.
  • Memperbaiki yang lama lebih baik daripada membeli baru, jika ekonomik.
Dipetik daripada : Risalah Inflasi : Memahami Inflasi (Siri 3) , Kemeterian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kuala Lumpur.

Friday, February 5, 2010

Kurang sedar mengenai kewangan

Pernahkah anda dikunjungi atau didatangi oleh perunding kewangan atau agen insurans, apakah reaksi anda terhadap mereka. Pengalaman saya sebagai perunding unit amanah dapat memberikan gambaran betapa ramai lagi dikalangan kita yang masih ragu-ragu dan tidak mempunyai simpanan.

Keadaan sebegini sungguh merbahaya dan memudaratkan diri anda sendiri dimana anda tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan yang mungkin boleh mengakibatkan anda terjerat dalam krisis kewangan malah melibatkan nyawa anda atau orang yang tersayang.

Kesedaran mengenai persiapan awal bagi menghadapai sebarang kemungkinan yang tidak diduga amat penting sekali seperti kata  perumpamaan " sediakan payung sebelum hujan". Persediaaan inilah yang bakal mengelamatkan anda dari mengalami masalah kekurangan wang apabila berlaku kes-kes kecemasan.

Baiklah saya berikan contoh untuk memudahkan anda lebih memahami situasi yang dinyatakan, anda seorang pekerja dan sentiasa berulang-alik ke tempat kerja dimana anda setiap hari terdedah kepada risiko kemalangan sekiranya berlaku perkara yang tidak diinigni seperti kemalangan dan anda telah lumpuh sepenuhnya bagaimana untuk anda meneruskan hidup dalam keadaan susah seperti itu. Apakah yang akan terjadi dengan keluarga anda yang masih memerlukan wang anda sekiranya anda seorang yang telah berkahwin dan mempunyai anak.  Bagimana pula dengan kos rawatan, sara hidup dan banyak lagi yang akan membebankan anda dan keluarga anda.

Contoh kedua anda seorang jejaka dan baru memulakan pekerja pertama anda dimana anda telahpun merancang untuk berkahwin pada 5 tahun akan datang, bagaimana anda hendak mendapatkan wang untuk perbelanjaan perkahwinan itu nanti adalah kos lima tahu nakan datang sama lagi dengan kos perkahwinan pada masa sekarang ini. Baiklah katakanlah anda menyimpan RM300 setiap bulan selama 5 tahun dan hasil setelah lima tahun anda dapatlah RM18000. Ok itu nilai wang yang anda akan dapat belum dicampurkan lagi dengan perkara lain. Tahukah anda dimana untuk menyimpan duit RM300 setiap bulan itu untuk mendapatkan lebih dari RM18000 setelah lima tahun, adakah memadai anda menyimpan duit itu bawah bantal atau menyimpan dalam akaun simpanan anda atau memilih mana-mana instrument pelaburan yang memberikan pulangan 10% hingga 30% setahun yang bakal menggandakan wang anda lebih dari RM18000. Inilah perkara  yang harus difikirkan dan diteliti dalam kehidupan anda.

Ramai lagi yang masih tidak menyimpan setiap bulan ibarat "kais bulan makan bulan" segala wang gaji habis setelah cukup bulan malah lebih menyedihkan lagi duit habis belum lagi hujung bulan. Bagimana anda hendak menyimpan jika begimi keadaan kewangan anda, bagaimana pula dengan perancangan matlamat anda yang telah ditetapkan selama ini seperti ingin bersara dengan mewah, pergi melancong, menunaikan fardu haji, membeli rumah, membina sebuah perniagaan dan macam-macam lagi perancangan anda yang telah ditetapkan. Adakah ianya akan menjadi kenyataan sekranmya anda masih lagi tidak mampu menyimpan atau belum lagi memulakan simpanan anda.

Sedarlah kita semua menginginkan kesenangan dan kesejahteraan hidup pada masa hadapan, boleh dikatakan  keseluruhan kita semua hendak hidup senang, banyak wang dan boleh melakukan, membeli apa saja yang menjadi impian kita selama ini. Tidaklah ini yang bakal menjadikan hidup kita senang dan selesa, atas sebab itulah kita semua harus beringat dan perlu memulakan simpanan pada hari ini juga. Semakin awal anda menyimpan semakin banyak wang yang anda akan dapat dengan mudah tanpa perlu bersusah payah pada usia senja untuk mencari rezeki demi sesuap nasi. 

Akhir sekali marilah kita semua mempersiapkan diri kita untuk mencapai impian dan menghadapi kemungkinan berlaku kecemasan dalam hidup dengan menyimpan dan mepalburkan wang ketempat-tempat yang boleh menggandakan wang dengan cepat dan dijamin oleh kerajaan dan Bank Negara. Sekiranya anda ingin mengetahui bagaimana untuk menggandakan wang dengan pulangan 10% sehingga 30% setahun boleh lah menghubungi saya En. Hanafi ( Unit Trust Consultant) di talian 0196823680 untuk maklumat lanjut mengenai pelaburan.

Tuesday, January 26, 2010

Awas Pengguna Perbankan Internet

Sejak akhir akhir ini saya melihat tektik penipuan semakin berleluasa di internet dimana ia mensasarkan pengguna perbankan internet seperti Maybank , Cimb , Ambank , Public Bank dan lain-lain. Keadaan ini cukup membimbangkan jika tidak ditangani dengan segera.

Nampaknya si penyangak ini semakin terdesak untuk dapatkan wang dengan cara mudah iaitu menipu orang ramai untuk dapatkan maklumat peribadi perbankan internet dengan mengumpan laman web tiruan yang seakan-akan sama dengan laman web bank tempatan.

Saya ingin jelaska disini anda semua harus berwaspada dengan email yang diterima dalam inbox atau spam kerana mereka menghantar email yang mengatakan bahawa akaun perbankan internet anda ada masalah dan anda harus memasukkan semula login dan password ke dalam laman web tiruan yang digunakan untuk menangkap username dan password anda. Jadi disinilah trik yang mereka buat untuk memancing mangsa yang kurang pengetahuan berkenaan internet dan urusan perbankan.

Saya ingin memaklumkan kepada anda semua bahawa pihak bank tidak akan sama sekali akan memberikan email berkenaan urusan bank ke dalam akaun email peribadi anda ( mesti ingat tu ), kebiasaannya bank akan memaklumkan apa-apa berita atau perkembangan kepada anda melalui email yang ada dalam akaun perbankan anda kalau anda perasan laa.

Jadi untuk menyelesaikan masalah dari ditipu oleh penyangak ini harus ingat tadi bank tidak akan memberikan apa-apa maklumat berkaitan urusan bank ke dalam email peribadi anda dan kalau anda lihat ada email dari pihak bank kononnya maka itu bukanlah sebenarnya email dari pihak bank sebaliknya mereka yang ingin mengambil wang anda dengan mudah dan cepat.

Diharap anda semua mendapat maklumat lanjut dari pihak bank sekiranya anda menerima email yang mengatakan akaun anda tidak aktif dan sebagainya. Rujuk pihak bank terlebih dahulu jangan mudah percaya khabar angin yang entah dari siapa yang hantar email tu.

Tuesday, January 19, 2010

Dana Amanah salah satu cabang pelaburan


PENGHASILAN Harta (Wealth Creation) merupakan langkah permulaan interaksi seseorang itu dengan harta. Harta boleh dihasil dan dikembangkan menerusi pelbagai kaedah; antaranya menerusi kaedah pelaburan.

Hakikat dalam kehidupan ini, harta perlu dicari dan tidak hanya pasrah pada qadak dan qadar seperti dalam surah al-Juma'ah ayat 10 yang bermaksud: Maka apabila telah ditunaikan sembahyang, bertebaranlah kamu dimuka bumi dan carilah kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu menang.

Justeru, harta yang dimiliki tidak wajar disimpan begitu saja tanpa mengembangkannya. Malah Islam melarang membekukannya agar manfaatnya dapat dirasai oleh ramai orang sebagaimana firman Allah dalam surah al-Hasyar ayat 7 yang bermaksud: Apa yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah dan bagi kaum kerabat (Rasulullah) dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah SAW kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya).

Naluri untuk memiliki kekayaan ada pada setiap manusia. Manusia akan sentiasa berfikir mencari jalan bagaimana untuk membaiki kehidupannya.
Maka tidak hairan jika hari ini kita dihidangkan dengan pelbagai kaedah untuk mengumpul kekayaan dengan pelbagai nama atau label.
Pelbagai pendekatan digunakan termasuklah unsur-unsur Islam bagi menarik masyarakat menyertai skim atau pelan pelaburan yang ditawarkan.

Sebagaimana yang diketahui umum, di negara kita ini ada badan atau institusi seperti Bank Negara Malaysia (BNM) dan juga Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang mengawalselia aktiviti berkaitan kewangan agar kepentingan masyarakat terjamin dan tiada yang mengambil kesempatan.

Masyarakat perlu bijaksana dan memiliki ilmu-ilmu asas berkaitan kewangan ini agar langkah perlu dapat diambil sebelum membuat sebarang komitmen khususnya yang berkaitan dengan kewangan.

Alhamdulillah, kita cukup bertuah berada di negara yang mempunyai kerangka perundangan berkaitan kewangan yang sangat kondusif di mana masyarakat tidak perlu ragu atau takut menyertai skim atau pelan pelaburan yang ditawarkan oleh institusi kewangan yang sah, hak dan kemaslahatan mereka terjamin.

memberangsangkan

Di antara kaedah pelaburan yang ada dan popular di dalam industri kewangan negara adalah Unit Saham Amanah.
Adalah sangat memberangsangkan bahawa industri unit amanah negara kita bernilai berbilion ringgit dan terbuka luas kepada semua lapisan masyarakat untuk diterokai.
Mengikut satu sumber yang dikeluarkan pada tahun 2008 dalam tempoh 15 tahun sejak 1992, jumlah aset yang diuruskan oleh syarikat unit amanah berkembang dari RM400 juta ke RM71,005 bilion.

Menurut SC, pada Disember 2007, industri unit amanah Malaysia berkembang 15.32 peratus dalam pasaran ekuiti berbanding 6.4 peratus pada tahun 1992.
Perkembangan ini menggambarkan bahawa peluang terbuka luas kepada semua lapisan masyarakat untuk menjana pendapatan menerusi kaedah pelaburan yang sah dan terjamin.
Dari sudut sejarah pelaburan menerusi unit amanah ini pertama kali dilancarkan di United Kingdom pada tahun 1931 oleh M&G. Di Malaysia, ia bermula dengan pembentukan Malayan Unit Trust Ltd. pada tahun 1959.

Unit amanah ini adalah satu bentuk pelaburan kolektif, di mana modal para pelabur dikumpulkan ke dalam satu dana untuk diuruskan oleh pengurus dana profesional.
Dana tersebut akan dilaburkan di dalam pelbagai portfolio ekuiti, sekuriti pendapatan tetap dan aset-aset lain yang dibenarkan oleh surat ikatan di samping Garis Panduan SC ke atas Dana Unit Amanah.

Unit amanah membabitkan penglibatan tiga pihak iaitu Pemegang Unit/Pelabur yang melabur dalam sesuatu dana amanah, Pemegang Amanah yang bertindak sebagai badan bebas dan penjaga aset yang dilabur dan Syarikat Pengurusan yang menyediakan kepakaran teknikal untuk menguruskan dana berkenaan.

Melabur dalam unit amanah adalah satu cara terbaik dan ideal mendapatkan pulangan yang baik dalam jangka sederhana dan panjang berbanding simpanan tunai atau simpanan tetap.
Di samping itu, risikonya juga kurang berbanding melabur terus dalam saham atau bon, yang mana hanya boleh diperoleh melalui kepelbagaian portfolio yang benar-benar baik.
Di antara kelebihan melabur dalam unit amanah adalah pelaburan di dalam dana unit amanah diurus selia oleh pengurus dana profesional, berpeluang melebarkan portfolio pelaburan, transaksi yang mudah, kurang berisiko, boleh mencairkan unit-unit pada bila-bila masa dan potensi pertumbuhan modal yang lebih tinggi berbanding simpanan di bank-bank.

Umat Islam di negara ini tidak perlu risau kerana industri unit amanah negara sama dengan industri kewangan yang lain di mana unit amanah Islam telah ada dan semakin berkembang.
Kita semua faham bahawa Islam menyuruh agar harta dikembang atau dilaburkan. Namun kita perlu meletakkan matlamat untuk mendapatkan keredaan Allah SWT dengan memastikan aktiviti pelaburan itu menepati hukum syarak yang berasaskan kepada al-Quran, al-sunnah, ijmak, qiyas dan ijtihad.

Firman Allah dalam surah an-Nisa' ayat 26, maksudnya: Hai orang - orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.

Justeru, pelaburan yang diterima dan sah di sisi Islam adalah pelaburan yang menepati prinsip pelaburan daripada perspektif Islam. Unit amanah Islam dari sudut mekanismenya adalah sama dengan unit amanah konvensional, cuma berbeza dari beberapa sudut antaranya dari sudut kontrak Syariah yang diaplikasikan. Ia jelas serta telus dan juga dari sudut pelaburan, ia dilaburkan dalam pelbagai portfolio yang mematuhi syariah. Sekuriti yang patuh Syariah adalah sumber pelaburan utama unit amanah Islam.

Industri unit amanah ini bukan sahaja menawarkan peluang pelaburan kepada masyarakat untuk menambah pendapatan tetapi turut menawarkan peluang pekerjaan di mana mereka yang layak boleh menjadi ejen unit amanah ini sama ada sepenuh masa mahupun separuh masa.
Kerjaya sebagai Perunding Unit Amanah sangat menarik dan kompetitif serta mampu memberikan peluang pendapatan berterusan yang sangat menggalakkan. Kerjaya ini menjanjikan peluang yang cukup luas untuk seseorang mendapat pendapatan seberapa banyak yang diingini kerana apa yang diperoleh adalah bergantung pada keinginan diri sendiri.
Islam menuntut agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh untuk membangun dan membina kehidupan yang bahagia dan harmoni. Firman Allah ayat Hud: 61 yang bermaksud: Dia yang menghidupkan kamu di muka bumi ini dan memerintahkan supaya kamu membangun dan membina kehidupan yang harmoni di atasnya.

Islam juga menyeru agar menjadikan kehidupan ini dapat memberi manfaat kepada orang lain sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sebaik-baik kamu adalah yang paling banyak memberi manfaat".

Namun, dalam keghairahan mengejar kekayaan jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis yang menawarkan keuntungan berlipat ganda menerusi pelbagai kaedah kreatif yang menggunakan nama-nama seolah-oleh ia satu pelaburan secara Islam, takut nanti bukan laba yang diraih tetapi bala yang datang!

Sumber : Utusan Malaysia Online

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pelaburan unit amanah boleh dapatkan panduan disini atau hubungi saya menerusi email di hanafiwawi@gmail.com / no tel :0196823680 ( En. Hanafi- Unit Trust Consultant )

Rancang Matlamat Kewangan Peribadi Anda

Dalam setiap kehidupan manusia sememangnya anda perlu mempunyai matlamat begitu juga dengan kewangan seharusnya anda sudahpun merancang atau mempunyai impian anda sendiri untuk dicapai dalam kehidupan.

Dalam merancang matlamat kewangan ada beberapa perkara yang seharusnya diberikan perhatian terlebih dahulu antaranya adalah menilai matlamat anda tadi dengan SMART. Apa itu SMART yang saya maksudkan?.

Mari saya jelaskan apakah maksud SMART yang perlu ada dalam merancang matlamat kewangan.

SPECIFIC
Matlamat anda perlulah spesifik, fokus, jelas dan konkrit. Tak boleh mempunyai matlamat yang kabur dan main-main. Stick dengan matlamat anda, contohnya anda mahukan kebebasan kewangan, dan itu jelas bahawa anda inginkan kebebasan kewangan dan bukannya mahukan hutang bertimbun-timbun.

MEASUREABLE
Matlamat anda boleh diukur. Yakni ia boleh diketahui sejauh mana kesan, result dan implikasinya pada kita. Contohnya anda telah laksanakan bisnes dan mula mengaut untung secara berterusan dan ini memberi kesan kepada aliran tunai positif anda lebih baik dan dapat menampung lebih banyak aliran keluar. Ianya boleh diukur secara statistik matematik. Hatta kemajuan di dalam bisnes semuanya boleh diukur melalui graf dan penyata imbangan duga.
ACHIEVABLE
Matlamat anda mampu dicapai.. Janganlah anda buat matlamat yang bukan² dan merepek misalnya ingin kahwin dengan alien dan seumpamanya. Pastikan matlamat anda itu relevan, boleh dicapai dengan usaha, minda dan masa.
REALISTIC
Matlamat anda perlulah realistik dengan keadaan semasa. Contohnya secara praktikal anda mampu mencapai kebebasan kewangan dengan berpuasa setiap hari di bulan bukan Ramadhan dan jimat duit makan. Tetapi tak perlulah berpuasa sekiranya sakit atau sampai memudaratkan. Kenelah realistik dengan situasi semasa, jangan jadi terlalu idealis untuk jimat duit sehingga tidak kena pada tempatnya. Kenelah fikir dengan bijaksana dalam menentukan strategi yang realistik agar ia dapat memberi manfaat untuk jangka masa panjang.
TIME-BOUND
Matlamat anda mempunyai deadline atau tarikh tertentu untuk mencapainya. Katakan anda nak kahwin dengan pasangan sehati sejiwa anda 2 tahun lagi iaitu pada tarikh 2 Februari 2012 maka itulah tarikh deadline anda. Dari segi kewangan, persiapan, kad jemputan tarikh yg betul, tok kadi mesti confirm datang pada waktu itu dan segalanya lancar sebelum mencapai deadline yang ditetapkan. Jika tidak alamat tak kahwin la terpaksa tangguh pula. So Time Bound ini penting utk anda tetapkan matlamat yang realistik dan praktikal. pastikan anda ambil berat tentang masa kerana ia lebih mahal daripada emas...
Selain dari itu matlamat anda tadi harus dikategorikan kepada 3 iaitu matlamat jangka pendek (dalam tempoh sebulan) , matlamat jangka sederhana ( 1 hingga 5) dan matlamat jangka panjang ( lebih dari 5 tahun ).
Antara matlamat yang boleh anda rancang mengikut ketetapan masa adalah seperti dibawah:-
JANGKA PENDEK
1. Mulakan simpanan kecemasan
2. Mengurangkan hutang
3. Melabur dalam pasaran saham
JANGKA SEDERHANA
1. Simpanan bagi pembelian kereta/rumah/dll
2. Meningkatkan perlindungan takaful nyawa/harta
3. Memulakan perniagaan
JANGKA PANJANG
1. Memunaikan haji
2. Simpanan pesaraan
3. Pendidikan anak
4. Mewakafkan harta( infaq)
Kesemua matlamat ini perlu mempunyai masa untuk dicapai dan perlu diketahui dari masa sumber untuk dapatkan kewangan bagi mencapai matlamat tadi.
Dengan menulis matlamat anda boleh mula merancang ke arah mencapai matlamat anda tadi dengan memulakan simpanan dan beriktiar supaya ianya tercapai seperti apa yang dirancang.
Alternatif pelaburan untuk anda








Wednesday, January 6, 2010

Rahsia Bebas Hutang

Apa khabar anda semua...

Saya pasti ramai daripada anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang tajuk ini, sebenarnya saya ingin berkongsi dengan anda semua sebuah ebook yang ditulis oleh Yusop Rejab daripada team gembaknewbie.com yang telah memberikan ebook ini secara percuma kepada anda semua.

Serba sedikit review ebook Rahsia Bebas Hutang atau saya lebih suka letakkan namanya 7 petua bebas hutang dimana dalam ebook ini terdapat 7 petua, panduan,teknik, langkah dan seumpamanya yang boleh digunakan untuk mencapai matlamat bebas hutang.

Disini saya senaraikan 7 ilmu membebaskan diri dari hutang :

7 Sebab mengapa kita perlu bijak mengurus wang
• Bagi mencapai matlamat, keperluan dan kehendak
• Mengawal perbelanjaan
• Mengelak terlalu banyak hutang
• Menangani inflasi
• Menghadapi krisis ekonomi
• Mempunyai dana ketika kecemasan
• Pengukuhan rohaniah

7 kesilapan tentang pengurusan kewangan kita
• Bertangguh untuk memulakan sistem perancangan kewangan.
• Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya.
• Kekurangan disiplin untuk menabung / menyimpan
• Kejahilan tentang konsep nilai masa wang.
• Perlindungan Insuran yang tidak mencukupi.
• Kegagalan menangani “musuh” wang yang utama iaitu inflasi
• Tidak mahu menggunakan khidmat penasihat kewangan bertauliah.

7 panduan asas dalam pengurusan wang
• Analisa kedudukan kewangan
• Tentukan Matlamat Kewangan
• Menyediakan rancangan hala tuju untuk kewangan
• Merekodkan perbelanjaan
• Menyediakan Pelan Perbelanjaan (Bajet)
• Membaik pulih hutang piutang
• Pemantauan

7 musuh kewangan
• Sikap Diri Sendiri
• Hutang dan pinjaman
• Bil-bil
• Cukai
• Skim cepat kaya dan Judi
• Inflasi
• Krisis Ekonomi

7 sebab kenapa kita berhutang
• Keperluan
• Kehendak dan Kepuasan
• Terpaksa menggunaan kad kredit
• Skim Bayaran Ansuran
• Tawaran yang menarik
• Kemusnahan yang tak dijangka
• Pinjaman

7 cara bebas hutang
• Meminjam secara berhemat
• Kurangkan hutang anda
• Urus kad kredit anda dengan bijak
• Gunakan kaedah pembayaran secara automatik
• Buat belanjawan
• Mulakan simpanan
• Kurangkan perbelanjaan

7 langkah mencapai kebebasan kewangan
• Langsaikan semua hutang anda
• Tambah pendapatan
• Awasi status kewangan anda setiap masa
• Buatlah Pelaburan
• Lakukanlah Simpanan
• Hidup dalam kesederhanaan
• Dapatkan nasihat daripada pakar pengurusan kewangan

Itulah diantara 7 petua bebas hutang yang anda akan dapat dari ebook percuma ini, sekirany anda tekun mempraktikkan segala ilmu yang diajarkan, pasti anda dapat mencapai impian untuk bebas dari hutang.

Selain dari ilmu yang diajarkan anda perlu juga mempunyai alat atau instrument pelaburan untuk mencapai matlamat kewangan anda. Intrument pelaburan yang dimaksudkan adalah seperti Pelaburan Unit Amanah dan Pelaburan Emas, dengan menggunakan kedua-dua intrument ini anda dapat menggandakan wang dengan cepat berbanding hanya disimpan dalam akaun simpanan biasa.

Ebook ini cukup bagus bagi anda semua bagi memantapkan lagi ilmu pengurusan kewangan yang betul dan berkesan, anda boleh download ebook percuma disini.

Selamat membaca dan praktikkan segala ilmu yang dipelajari dengan segera.

Monday, December 28, 2009

Kesukaran Menguruskan Wang

Jika kita renungkan pada zaman dahulu iaitu 10 hingga 20 tahun lepas, cara menguruskan wang lebih mudah daripada zaman sekarang dimana keperluan yang ada pada masa itu adalah sedikit. Dengan wang pendapatan yang kecil pun sudah boleh menyediakan keperluan asasi untuk kehidupan seharian. Jika dahulu pekerja boleh bersara dengan sederhana dengan kemudahan yang telah sedia ada.

Dengan membuat perbandingan ini kita boleh melihat isu-isu pengurusan yang timbul pada masa sekarang adalah kesukaran untuk menguruskan kewangan dengan baik. Zaman sudah berubah keperluar semakin meningkat, taraf hidup semakin tinggi, harga barang makin mahal dan sudah sukar untuk kita dapatkan benda secara percuma semuanya berbayar.

Kesukaran untuk menguruskan kewangan ini adalah disebabkan beberapa faktor yang telah berlaku sejajar dengan peredaran zaman antaranya ekonomi, cara hidup, harga barang, instrumen kewangan dan perubahan undang-undang. Inilah faktor penyumbang yang sering membelenggu ramai orang dalam kehidupan dan disebabkan faktor inilah maka semua orang harus peka dan belajar mengenai cara pengurusan kewangan yang betul dan bijak.

Keadaan ekonomi yang tidak menentu sememangnya berlaku secara drastik dimana ianya berpunca daripada faktor-faktor seperti inflasi, perubahan kadar faedah dan peningkatan strategi pelaburan global. Kadar inflasi semakin naik setiap tahun, perubahan ini tidak sejajar dengan kenaikan gaji pekerja ditambah pula dengan kenaikan dan penurunan kadar faedah oleh bank apabila berlaku krisis ekonomi menjadikan beban hutang semakin banyak, maka berlakulah perubahan dalam strategi pelaburan bagi mengelakkan keadaan krisis ini terus melanda disamping mengurangkan risiko pelaburan.

Perubahan cara hidup masyarakat kepada individu yang lebih materialistik menjadikan kehidupan semakin sukar dimana banyak wang yang diperlukan bagi memenuhi kehendak individu. Kemudahan dalam membelanjakan pendapatan telah dipelbagaikan dengan penggunaan perdagangan elektronik (e-commerce), perdagangan melalui telefon (m-commerce), penggunaan kad kredit dan sebagainya. Ini akan meningkatkan kuasa belanja individu dan menyukarkan proses menyimpan untuk masa depan kerana semuanya menggalakkan masyarakat untuk berbelanja dengan banyak sekali untuk memenuhi kehendak masing-masing.

Peningkatan harga barang secara mendadak mengurangkan kuasa beli pengguna, ini biasanya berlaku ketika musim perayaan dan sebagainya. Dengan peningkatan ini nilai wang menjadi semakin rendah dan inilah dikatakan inflasi sedang berlaku keatas barangan keperluan dan kemahuan individu.

Penggabungan keatas instrument kewangan yang berlaku dengan banyak sekali menyebabkan masyarakat menjadi keliru kerana kerumitan untuk memahami instrumen ini. Contohnya produk perlindungan iaitu insurans telah bergabung dengan produk pelaburan bagi mengukuhkan kedudukan sesebuah syarikat dan inilah yang menjadikan masyarakat sukar memahaminya.

Perubahan dalam undang-undang percukaian juga menjadi semakin ramai yang dikenakan cukai dan perubahan ini berlaku sekurang-kurangnya sekali setahun. Masyarakat perlu memahami dan mematuhi perubahan ini demi memudahkan urusan kewangan mereka nanti.

Berdasarkan faktor-faktor ini, masyarakat sedar betapa sukarnya menguruskan wang dan pentingnya ilmu pengurusan kewangan. Tetapi malangnya masih ramai lagi yang tidak menyedari betapa pentingnya pelan perancangan kewangan keluarga untuk menjamin kesenangan dan kesejahteraan pada masa akan datang. Marilah kita semua lengkapkan diri dengan ilmu pengurusan kewangan yang betul bagi menyesuaikan kedudukan kewangan dengan perubahan yang berlaku dalam ekonomi semasa dan peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi.